Event

Sunday, March 15, 2009

Lawatan ke Cameron Highland






Aktiviti luar yang dianjurkan oleh SEEDS pada semester ini adalah lawatan ke MARDI, Cameron Highland. Pada 7 dan 8 mac yang lalu. Seramai 63 orang peserta dari semester 2, 3, dan 4. Perjalanan dari fakulti ke Cameron Highland mengambil masa 5 jam perjalanan. Pengisian program adalah untuk menyatukan ahli-ahli SEEDS dan juga pendedahan kepada dunia luar. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah lawatan ke MARDI, ladang stawberi dan kaktus.

Terdapat juga aktiviti BBQ yang disertai dengan permainan seperti Kerusi Muzik, Kotak Beracun dan cabutan bertuah pada malam ahad itu. Keesokannya peserta bermain sukaneka di kawasan padang Tanah Rata. Rata-rata peserta bersemangat dan menunjukkan persaingan yang sengit. Penyampaian hadiah diampaikan oleh Pn. Roslinda sebagai pensyarah pengiring. Walau keadaan persekitaran yang kurang selesa disebabkan oleh hujan dan juga kesesakan lalu- lintas. Namun, akhirnya objektif dan sasaran program ini tercapai. Terima kasih buat semua peserta yang menjayakan program ini dan juga kepada penasihat dan pengarah program ini.

PHOTO GALERY http://picasaweb.google.com/aktivitiseeds

Tuesday, February 24, 2009

Kursus Kepimpinan 2009






Lewat petang itu, desa terpencil di dalam kawasan jajahan Gombak menerima kehadiran sebuah bas dan 2 buah kereta persendirian. Riuhan bunyi unggas dan cengkerik kedengaran di telinga dan suasana hutan yg hijau dan aman menghias pandangan mata. Seramai 56 orang insan yang masih berstatus pelajar sebuah universiti bergelar ”World Class University” mengagahkan kaki menapak di desa yang permai ini. Tercatat dalam diari setiap peserta keramat 6-8 Februari 2009 bertemu dan mengenal warga Rembutia Corporation Sdn. Bhd. bertempat di Kem Rembutia, Gombak.

Komuti seramai 56 insan ini bersatu dalam perbezaan latar kelab dalaman, gabungan SEEDS, VAESA, ETHOS, MESA dan Physical menyatukan kesemua insan ini. Seketeriat PMFP yang gah dengan rekod cemerlangnya menjadi pembimbing dan fasilitator yang mantap. Saudara Hisham selaku pengarah bekerja keras memastikan segalanya teratur seperti dirancang bersama-sama dengan ahli jawatankuasa yang berkaliber.

Kursus Pemantapan Kepimpinan begitulah tujuan dan haluan program ini dalam melatih bakal-bakal guru juga bakal pemimpin dalam persatuan-persatuan yang bernaung di bawah nama Fakulti Pendidikan. SEEDS sebagai satu komuti dalam fakulti, menunjukkan komitmen dengan menghadirkan peserta yang ramai dalam agenda ini. Antara intipati dan pengisian program ini adalah pembentukan kerakter pemimpin, semangat kerja berpasukan, dan penerapan nilai kerohanian.

Modul Leader Mantap Memimpin menjadi dasar latihan buat pihak konsultan yang diketuai oleh brother Bob dan krew-krewnya. Barang amanat (telur, botol air), hud-hud, sandwich sardin, air terjun, pacat, spider web, ‘flying fox’, ‘project paper’, permainan ’BOM’, buaya biawak, ‘brain wash’, terompah telur, lagu gemuruh dan bersama, jalan malam, tahiyat akhir dalam sungai, keroncong, lilin, dan kesejukan menjadi item-item yang bisa mengamit kembali memori sepanjang perjalanan program.

Pendedahan ilmu yang dikongsi dan dicurahkan oleh pihak PMFP banyak membuka minda dan urat saraf peserta tentang perjalanan suatu organisasi. Setelah berhempas pulas mencanai dan mengadun idea, lima set kertas projek disiapkan. Tempoh tiga hari bagai baru tiga jam dilalui, singkat sekali jodoh peserta dengan flora dan fauna Kem Rembutia ini. Namun, di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan, ironi dan melodi alam.

Terima kasih buat semua yang menjayakannya. Buat ahli-ahli SEEDS yang pergi mewakili persatuan, tunjukkan dan buktikan usaha mereka itu tidak sia-sia. ”Program kita baru bermula”. Selamat maju jaya Science Education Society.

Tuesday, January 13, 2009

ANUAL GRAND MEETING

Pada 13 Januari 2009 telah berlangsungnya perjumpaan pelajar sains fakulti pendidikan di bawah persatuan SEEDS. Perjumpaan ini melaksanakan agenda pemilihan jawatankuasa yang baru.

Sunday, January 11, 2009

SEEDS online Galery

SEEDS photo galery adalah at http://picasaweb.google.com/aktivitiseeds

Saturday, January 10, 2009

SEEDS ANUAL GRAND MEETING

Perjumpaan SEEDS akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 13 Januari 2009
Masa : 12.20 pm - 2.00 pm
Tempat : Dewan Angsana

Semua pelajar sains Fakulti Pendidikan UiTM adalah diwajibkan hadir.Perjumpaan adalah untuk pemilihan exco dan kepimpinan baru.

Friday, January 2, 2009

Maulidur Rasul

Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PMFP) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, Fakulti Muzik, INTEC, CITU, dan PEKA. Selaku persatuan yang bernaung di bawah PMFP, SEEDS ditugaskan sebagai Biro Publisiti & Dekorasi sepanjang sambutan Maulidur Rasul berlangsung. Selaku biro publisiti & Dekorasi, SEEDS ditugaskan menyiapkan banner, tag nama biro dan crew, poster, flyers, & Buku Program. Selain itu, bertindak menyiapkan backdrop dan menguar-uarkan majlis tersebut kepada warga Fakulti. SEEDS juga ditugaskan menghantar penyertaan bagi pertandingan nasyid, pidato, video dan sebagainya.

Educational Fair




Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan The Link pada 12 – 15 Mac 2008. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pameran, keusahawanan, dan sukan rakyat. Dalam pameran Sains terdapat pelbagai bahan telah dipamerkan. Antaranya ilusi optik, invisible ink, dan aplikasi daya apungan. Di dalam sukan rakyat, terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah explorace, teng-teng, konda-kondi, tarik tali, kayu 3, dan congkak. Persatuan SEEDS telah berjaya meraih tempat pertama dalam acara tarik tali kategori lelaki dan perempuan, dan permainan kayu 3. Mendapat tempat kedua dan ketiga dalam teng-teng, dan mendapat tempat ketiga dalam explorace.

Thursday, January 1, 2009

Lawatan ke Petrosains




Lawatan sambil belajar ke Petrosains anjuran Science Education Society (SEEDS ) ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan SEEDS, diadakan pada 3 Ogos 2008 ( Ahad ). Aktiviti ini berjalan selama satu hari di mana sepanjang tempoh tersebut, terdapat banyak aktiviti yang dipamerkan seperi simulasi sains, pameran, rekabentuk sains yang terbaru dan sebagainya. Diharapkan dengan adanya aktiviti ini, persepsi bahawa ilmu sains hanya dapat dipelajari di dalam bilik kuliah sahaja dapat diubah dan dipraktikkan bagi menggalakkan perkembangan ilmu sains selaras dengan misi kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif lawatan ini adalah untuk memperkenalkan kaedah pembelajaran secara simulasi kepada seluruh pelajar Sains Fakulti Pendidikan UiTM Malaysia dan menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti luar kuliah yang mampu untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan nilai tambah bakal guru. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar Sains berfikir secara lebih kreatif untuk mencipta kaedah pemahaman sains di luar kelas dan memberi pendedahan serta idea kepada ahli jawatankuasa dalam melaksanakan program yang lebih kreatif pada masa hadapan.

Majlis Makan Malam Tautan Mesra




Program ini adalah pertama kali dianjurkan oleh Sciences Education Society (SEEDS) adalah dengan bertujuan untuk meraikan tenaga pengajar dan pelejar-pelajar Sains tahun pertama yang baru memasuki Fakulti Pendidikan.

Selain itu, MALAM TAUTAN MESRA ia adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara tenaga pengajar dan para pelajar. Selain itu, program seumpama mendedahkan para pelajar realiti alam pekerjaan yang sebenar.

Program ini dijadikan pemangkin bagi meraikan para pelajar yang sedang mengikuti pengajian. Tambahan lagi, program seumpama ini dapat mengumpulkan semua tenaga pengajar, pihak pengurusan dan para pelajar Sains untuk saling mengenali antara satu sama lain. Ini bagi memudahkan setiap perancangan aktiviti mahupun kehendak pihak pengurusan akan berjalan dengan lebih lancar lagi.

Program Mentor-mentee




Program Mentor Mentee ini dijalankan pada 20 Julai 2008 anjuran Persatuan Pendidikan Sains ( SEEDS) dan telah diadakan di dewan besar INTEC. Program ini adalah julung kali diadakan di fakulti ini telah dirangka untuk mencapai beberapa objektif utamanya antaranya untuk merapatkan hubungan semangat berpasukan di antara pelajar baru dan pelajar lama, memberi motivasi dan berkongsi pengalaman di antara pelajar baru dan lama, meningkatkan semangat di dalam diri pelajar untuk terus berusaha dan cemerlang dalam akedemik serta menyampaikan dan menyalurkan input-input berguna di antara pelajar-pelajar berkaitan dengan akademik.

Program Kursus Kepimpinan di Kem Nur Lembah Pangsun Hulu Langat Selangor. 21,22 & 23 Mac 2008

Program Kursus Kepimpinan Pelajar Pendidikan Sains anjuran Persatuan Pendidikan Sains (SEEDS) adalah satu program yang bertujuan untuk membentuk nilai kepimpinan di kalangan ahli persatuan. Peserta program ini terdiri daripada wakil setiap semester untuk pelajar pendidikan sains (Fizik, Kimia dan Biologi) Fakulti Pendidikan. Pemilihan peserta dibuat melalui proses temuduga untuk menilai kualiti kepimpinan untuk setiap individu. Sepanjang program peserta akan didedahkan dengan teori kepimpinan, kaedah mengorganisasi, semangat berpasukan dan perancangan program yang diterapkan melalui aktiviti ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), riadah dan aktiviti lasak. Lanjutan daripada program ini peserta diberi tugasan untuk mengendalikan program – program persatuan.

3.1.1 Lawatan ke Pusat Sains Negara & Planetarium 16 September 2007



Program Lawatan Ke Pusat Sains Negara dan Planetarium anjuran Persatuan Pendidikan Sains ( SEEDS ) ini pada 16 September 2007 (ahad) disertai 120 orang iaitu Dr. Beh Kian Lim selaku pengiring dan penasihat persatuan, urusetia program dan Peserta program yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan 3 Jurusan Sains Fakulti Pendidikan UiTM. Lawatan ini berobjektif untuk memperkenalkan kaedah pembelajaran secara simulasi kepada seluruh warga pendidikan sains fakulti pendidikan UiTM Malaysia. Selain itu, program ini juga untuk menggalakkan pelajar menyertai aktiviti luar kuliah yang mampu untuk meningkatkan nilai tambah bakal guru dan berfikir secara lebih kreatif untuk mencipta kaedah pemahaman sains di luar kelas. Tujuan lawatan ini diadakan juga adalah untuk menambah pengalaman dan pengetahuan serta meningkatkan idea saintifik berhubung dengan subjek SCE 552 (Science and Society) bagi pelajar sains semester 1 dan subjek EDU 550 (Psychology in Education) bagi pelajar sains semester 3. Melalui lawatan ini pelajar telah didedahkan dengan konsep pembelajaran secara visual mengenai peranan sains dalam masyarakat dan juga pendidikan.