Event

Tuesday, February 24, 2009

Kursus Kepimpinan 2009






Lewat petang itu, desa terpencil di dalam kawasan jajahan Gombak menerima kehadiran sebuah bas dan 2 buah kereta persendirian. Riuhan bunyi unggas dan cengkerik kedengaran di telinga dan suasana hutan yg hijau dan aman menghias pandangan mata. Seramai 56 orang insan yang masih berstatus pelajar sebuah universiti bergelar ”World Class University” mengagahkan kaki menapak di desa yang permai ini. Tercatat dalam diari setiap peserta keramat 6-8 Februari 2009 bertemu dan mengenal warga Rembutia Corporation Sdn. Bhd. bertempat di Kem Rembutia, Gombak.

Komuti seramai 56 insan ini bersatu dalam perbezaan latar kelab dalaman, gabungan SEEDS, VAESA, ETHOS, MESA dan Physical menyatukan kesemua insan ini. Seketeriat PMFP yang gah dengan rekod cemerlangnya menjadi pembimbing dan fasilitator yang mantap. Saudara Hisham selaku pengarah bekerja keras memastikan segalanya teratur seperti dirancang bersama-sama dengan ahli jawatankuasa yang berkaliber.

Kursus Pemantapan Kepimpinan begitulah tujuan dan haluan program ini dalam melatih bakal-bakal guru juga bakal pemimpin dalam persatuan-persatuan yang bernaung di bawah nama Fakulti Pendidikan. SEEDS sebagai satu komuti dalam fakulti, menunjukkan komitmen dengan menghadirkan peserta yang ramai dalam agenda ini. Antara intipati dan pengisian program ini adalah pembentukan kerakter pemimpin, semangat kerja berpasukan, dan penerapan nilai kerohanian.

Modul Leader Mantap Memimpin menjadi dasar latihan buat pihak konsultan yang diketuai oleh brother Bob dan krew-krewnya. Barang amanat (telur, botol air), hud-hud, sandwich sardin, air terjun, pacat, spider web, ‘flying fox’, ‘project paper’, permainan ’BOM’, buaya biawak, ‘brain wash’, terompah telur, lagu gemuruh dan bersama, jalan malam, tahiyat akhir dalam sungai, keroncong, lilin, dan kesejukan menjadi item-item yang bisa mengamit kembali memori sepanjang perjalanan program.

Pendedahan ilmu yang dikongsi dan dicurahkan oleh pihak PMFP banyak membuka minda dan urat saraf peserta tentang perjalanan suatu organisasi. Setelah berhempas pulas mencanai dan mengadun idea, lima set kertas projek disiapkan. Tempoh tiga hari bagai baru tiga jam dilalui, singkat sekali jodoh peserta dengan flora dan fauna Kem Rembutia ini. Namun, di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan, ironi dan melodi alam.

Terima kasih buat semua yang menjayakannya. Buat ahli-ahli SEEDS yang pergi mewakili persatuan, tunjukkan dan buktikan usaha mereka itu tidak sia-sia. ”Program kita baru bermula”. Selamat maju jaya Science Education Society.

No comments:

Post a Comment