Event

Thursday, January 1, 2009

Lawatan ke Petrosains




Lawatan sambil belajar ke Petrosains anjuran Science Education Society (SEEDS ) ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan SEEDS, diadakan pada 3 Ogos 2008 ( Ahad ). Aktiviti ini berjalan selama satu hari di mana sepanjang tempoh tersebut, terdapat banyak aktiviti yang dipamerkan seperi simulasi sains, pameran, rekabentuk sains yang terbaru dan sebagainya. Diharapkan dengan adanya aktiviti ini, persepsi bahawa ilmu sains hanya dapat dipelajari di dalam bilik kuliah sahaja dapat diubah dan dipraktikkan bagi menggalakkan perkembangan ilmu sains selaras dengan misi kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif lawatan ini adalah untuk memperkenalkan kaedah pembelajaran secara simulasi kepada seluruh pelajar Sains Fakulti Pendidikan UiTM Malaysia dan menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti luar kuliah yang mampu untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan nilai tambah bakal guru. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar Sains berfikir secara lebih kreatif untuk mencipta kaedah pemahaman sains di luar kelas dan memberi pendedahan serta idea kepada ahli jawatankuasa dalam melaksanakan program yang lebih kreatif pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment