Event

Sunday, March 15, 2009

Lawatan ke Cameron Highland






Aktiviti luar yang dianjurkan oleh SEEDS pada semester ini adalah lawatan ke MARDI, Cameron Highland. Pada 7 dan 8 mac yang lalu. Seramai 63 orang peserta dari semester 2, 3, dan 4. Perjalanan dari fakulti ke Cameron Highland mengambil masa 5 jam perjalanan. Pengisian program adalah untuk menyatukan ahli-ahli SEEDS dan juga pendedahan kepada dunia luar. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah lawatan ke MARDI, ladang stawberi dan kaktus.

Terdapat juga aktiviti BBQ yang disertai dengan permainan seperti Kerusi Muzik, Kotak Beracun dan cabutan bertuah pada malam ahad itu. Keesokannya peserta bermain sukaneka di kawasan padang Tanah Rata. Rata-rata peserta bersemangat dan menunjukkan persaingan yang sengit. Penyampaian hadiah diampaikan oleh Pn. Roslinda sebagai pensyarah pengiring. Walau keadaan persekitaran yang kurang selesa disebabkan oleh hujan dan juga kesesakan lalu- lintas. Namun, akhirnya objektif dan sasaran program ini tercapai. Terima kasih buat semua peserta yang menjayakan program ini dan juga kepada penasihat dan pengarah program ini.

PHOTO GALERY http://picasaweb.google.com/aktivitiseeds

Tuesday, February 24, 2009

Kursus Kepimpinan 2009






Lewat petang itu, desa terpencil di dalam kawasan jajahan Gombak menerima kehadiran sebuah bas dan 2 buah kereta persendirian. Riuhan bunyi unggas dan cengkerik kedengaran di telinga dan suasana hutan yg hijau dan aman menghias pandangan mata. Seramai 56 orang insan yang masih berstatus pelajar sebuah universiti bergelar ”World Class University” mengagahkan kaki menapak di desa yang permai ini. Tercatat dalam diari setiap peserta keramat 6-8 Februari 2009 bertemu dan mengenal warga Rembutia Corporation Sdn. Bhd. bertempat di Kem Rembutia, Gombak.

Komuti seramai 56 insan ini bersatu dalam perbezaan latar kelab dalaman, gabungan SEEDS, VAESA, ETHOS, MESA dan Physical menyatukan kesemua insan ini. Seketeriat PMFP yang gah dengan rekod cemerlangnya menjadi pembimbing dan fasilitator yang mantap. Saudara Hisham selaku pengarah bekerja keras memastikan segalanya teratur seperti dirancang bersama-sama dengan ahli jawatankuasa yang berkaliber.

Kursus Pemantapan Kepimpinan begitulah tujuan dan haluan program ini dalam melatih bakal-bakal guru juga bakal pemimpin dalam persatuan-persatuan yang bernaung di bawah nama Fakulti Pendidikan. SEEDS sebagai satu komuti dalam fakulti, menunjukkan komitmen dengan menghadirkan peserta yang ramai dalam agenda ini. Antara intipati dan pengisian program ini adalah pembentukan kerakter pemimpin, semangat kerja berpasukan, dan penerapan nilai kerohanian.

Modul Leader Mantap Memimpin menjadi dasar latihan buat pihak konsultan yang diketuai oleh brother Bob dan krew-krewnya. Barang amanat (telur, botol air), hud-hud, sandwich sardin, air terjun, pacat, spider web, ‘flying fox’, ‘project paper’, permainan ’BOM’, buaya biawak, ‘brain wash’, terompah telur, lagu gemuruh dan bersama, jalan malam, tahiyat akhir dalam sungai, keroncong, lilin, dan kesejukan menjadi item-item yang bisa mengamit kembali memori sepanjang perjalanan program.

Pendedahan ilmu yang dikongsi dan dicurahkan oleh pihak PMFP banyak membuka minda dan urat saraf peserta tentang perjalanan suatu organisasi. Setelah berhempas pulas mencanai dan mengadun idea, lima set kertas projek disiapkan. Tempoh tiga hari bagai baru tiga jam dilalui, singkat sekali jodoh peserta dengan flora dan fauna Kem Rembutia ini. Namun, di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan, ironi dan melodi alam.

Terima kasih buat semua yang menjayakannya. Buat ahli-ahli SEEDS yang pergi mewakili persatuan, tunjukkan dan buktikan usaha mereka itu tidak sia-sia. ”Program kita baru bermula”. Selamat maju jaya Science Education Society.

Tuesday, January 13, 2009

ANUAL GRAND MEETING

Pada 13 Januari 2009 telah berlangsungnya perjumpaan pelajar sains fakulti pendidikan di bawah persatuan SEEDS. Perjumpaan ini melaksanakan agenda pemilihan jawatankuasa yang baru.

Sunday, January 11, 2009

SEEDS online Galery

SEEDS photo galery adalah at http://picasaweb.google.com/aktivitiseeds

Saturday, January 10, 2009

SEEDS ANUAL GRAND MEETING

Perjumpaan SEEDS akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 13 Januari 2009
Masa : 12.20 pm - 2.00 pm
Tempat : Dewan Angsana

Semua pelajar sains Fakulti Pendidikan UiTM adalah diwajibkan hadir.Perjumpaan adalah untuk pemilihan exco dan kepimpinan baru.

Friday, January 2, 2009

Maulidur Rasul

Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PMFP) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, Fakulti Muzik, INTEC, CITU, dan PEKA. Selaku persatuan yang bernaung di bawah PMFP, SEEDS ditugaskan sebagai Biro Publisiti & Dekorasi sepanjang sambutan Maulidur Rasul berlangsung. Selaku biro publisiti & Dekorasi, SEEDS ditugaskan menyiapkan banner, tag nama biro dan crew, poster, flyers, & Buku Program. Selain itu, bertindak menyiapkan backdrop dan menguar-uarkan majlis tersebut kepada warga Fakulti. SEEDS juga ditugaskan menghantar penyertaan bagi pertandingan nasyid, pidato, video dan sebagainya.

Educational Fair




Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan The Link pada 12 – 15 Mac 2008. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pameran, keusahawanan, dan sukan rakyat. Dalam pameran Sains terdapat pelbagai bahan telah dipamerkan. Antaranya ilusi optik, invisible ink, dan aplikasi daya apungan. Di dalam sukan rakyat, terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah explorace, teng-teng, konda-kondi, tarik tali, kayu 3, dan congkak. Persatuan SEEDS telah berjaya meraih tempat pertama dalam acara tarik tali kategori lelaki dan perempuan, dan permainan kayu 3. Mendapat tempat kedua dan ketiga dalam teng-teng, dan mendapat tempat ketiga dalam explorace.